Catatan Popular

Sabtu, 17 September 2011

Buah Rambai

Buah Rambai
Geram tengok gambar ini. Inilah gambar pohon rambai yang lebat buahnya. Pokok rambai atau nama saintifiknya baccaurea motleyana adalah tumbuhan yang banyak tumbuh di Asia Tenggara. Buahnya yang manis dan sedikit masam (atau manis-manis masam) membuatkan sesiapa yang biasa memakan buah ini kecur air liur melihatnya. Kulit buahnya nipis dan isi di dalamnya putih jernih dan juga kekuningan. Kulitnya juga boleh dimakan dengan cara dikeringkan digunakan di dalam masakan.  Setiap juntaian tangkai buah rambai menghasilkan gugusan buah yang lebat sehingga adakalanya berpuluh-puluh biji bilangannya. Tidak seperti duku atau langsat, buah rambai adalah lebih bersifat eksotik dan hanya sebilangan kecil orang yang suka memakannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan